Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jualan mesin kopi di London meningkat sedang lebih ramai bekerja di rumah

Pesta Kopi ke 10 kembali diadakan di London secara fizikal, di tengah-tengah pandemik.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan mesin kopi di London meningkat sedang lebih ramai bekerja di rumah

Mesin kopi buatan Jura yang melaporkan pertumbuhan dalam jualannya. (Gambar: Jura)

Diterbitkan : 03 Oct 2021 04:09PM Dikemas Kini : 03 Oct 2021 04:10PM

LONDON: Pesta Kopi ke 10 kembali diadakan di London secara fizikal, di tengah-tengah pandemik.

Selepas pesta kopi dibatalkan tahun lalu akibat sekatan-sekatan COVID-19 yang ketat, tahun ini jumlah pengunjung ke Pesta Kopi London merosot 30 peratus.

Apakah sebabnya?

Pesta Kopi ke 10 London menghadapi pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19.

Setiap pengunjung perlu bukti vaksinasi lengkap atau ujian negatif koronavirus untuk masuk.

Dengan majoriti penduduk Britain terpaksa bekerja dari rumah, perbelanjaan harian membeli kopi di kafe atau makan di luar kini dialihkan kepada pembelian mesin kopi sendiri di rumah.

Pengeluar mesin kopi yang canggih, Jura misalnya, melaporkan pertambahan 23 peratus jualannya bagi tahun lalu.

Malah untuk syarikat DeLongi pula, selain permintaan mesin kopi untuk kegunaan di rumah yang bertambah di Britain, lebih ramai pekerjanya kini perlu juga melatih para pelanggannya tentang kegunaan betul mesin-mesin kopi di rumah masing-masing.

Dengan permintaan untuk mesin kopi di rumah semakin bertambah, ada juga syarikat yang menghasilkan mesin kopi mengikut cita rasa tertentu para pelanggan.

Misalnya, salah sebuah model mesin kopi mendapat inspirasi daripada kereta Volkswagen Golf.

Ini lebih-lebih lagi kerana mesin kopi di rumah sekarang menjadi tarikan dan salah satu tumpuan utama di dapur rumah seseorang.

Setiap mesin kopi khusus dan unik boleh mencapai harga lebih $10,000.

Sumber : Agensi berita/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan