Jualan bahan kempen kian rancak jelang pilihan raya India
Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum hampir satu bilion rakyat India keluar mengundi dalam pilihan raya yang akan berlangsung selama dua bulan.
Pengeluar barangan kempen dan bendera parti politik memperluaskan operasi masing-masing dan bekerja lembur untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat.
Menjelang hari pertama mengundi pada 19 Apr dalam pilihan raya yang akan diadakan dalam tujuh fasa, pembuat pakaian telah mengubah buat sementara kilang mereka yang biasanya menghasilkan sari menjadi hab pengeluaran bagi bendera dan sepanduk pilihan raya.
Salah seorang pemilik kilang sedemikian, Mukesh Agarwal, berkata terdapat hingga 40 kilang seperti itu di Mathura, sebuah bandar di Uttar Pradesh, yang merupakan wilayah terbesar di India dan sekali gus medan pertempuran politik utama.
"Barangan paling murah dan terbaik yang digunakan untuk kempen politik ialah sepanduk dan bendera," kata Encik Agarwal.
Barangan kempen pilihan raya adalah perniagaan dengan kos rendah, tetapi jumlah jualan yang tinggi dengan harga lencana parti dijual serendah 1 rupee (S$0.013).
Encik Agarwal menarik perhatian beberapa kilang mampu membuat sejuta bendera sehari sekiranya permintaan terus meningkat.
Semasa pilihan raya pula, poster menampilkan ratusan parti politik dan ribuan calon dipasang di merata negara itu.
"Memandangkan kebanyakan orang tidak berpendidikan tinggi, pekerja parti menggunakan bendera untuk memperkenalkan simbol mereka dan menggantungnya di luar rumah dan menjadikannya wadah kempen mereka," jelas Encik Agarwal.
Satu tinjauan pendapat minggu lalu meramalkan kemenangan mudah bagi gabungan parti yang disokong Perdana Menteri Modi.
Sementara itu, ahli politik pembangkang Rahul Gandhi dari Kongres Kebangsaan India berkata pada Jumaat lalu bahawa pilihan raya itu "jauh lebih dekat daripada disebarkan".

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.