Jual pingat untuk biaya kos perubatan; pemain bola sepak Indonesia yang sudah bersara bergelut untuk sara hidup
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Erick Thohir)
JAKARTA: “Untuk dijual. Semua aset bola sepak saya.”
Kata-kata itu terpampang dalam Instagram bekas pemain bola sepak kebangsaan Indonesia Kurnia Meiga yang mencetuskan perhatian di seluruh nusantara sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Bekas penjaga gol berusia 33 tahun itu mengalami masalah penglihatan dan memerlukan wang untuk membiayai rawatannya.
Dia mahu menjual semua memorabilia bola sepaknya, seperti pingat dan jersi, untuk menampung kos bil perubatan.
Dalam salah satu catatan di Instagram, Encik Kurnia menyiarkan video yang menunjukkan pingat yang dimenanginya untuk dijual.
Nasibnya mendapat perhatian Encik Erick Thohir, ketua persatuan bola sepak Indonesia (PSSI), yang segera mengambil tindakan.
Encik Erick, yang dilantik menyandang jawatan itu tiga bulan lalu, mengaturkan doktor untuk memeriksa keadaan Encik Kurnia.
Dalam satu catatan Instagram pada 21 Mei, Encik Erick berkata sebuah pasukan perubatan telah melawat bekas pemain bola sepak kebangsaan itu untuk memeriksanya.
“Harap, semua orang dalam masyarakat dan pencinta bola sepak, doakan supaya legenda penjaga gol pasukan kebangsaan Indonesia ini cepat sembuh,” kata Encik Erick, yang juga menteri perusahaan milik negara Indonesia, dalam catatannya.
Walaupun kes seperti Encik Kurnia yang terpaksa bergelut untuk menyara hidup bukan suatu perkara baru, nasibnya menjadi bualan ramai.
Ia muncul ketika Indonesia cuba merombak ekosistem bola sepaknya berikutan tragedi rempuhan di Malang Oktober lalu yang meragut 135 nyawa.
Di tengah-tengah perbincangan mengenai rombakan PSSI, stadium dan peraturan keselamatan, nasib pemain selepas mereka bersara masih belum dibangkitkan.
Pemerhati berkata rombakan ekosistem bola sepak Indonesia tidak harus hanya memberi tumpuan pada isu prasarana dan peraturan keselamatan, tetapi juga memberi pertimbangan tentang kebajikan pemain selepas bersara.
BUKAN MASALAH BARU
Encik Kurnia, bukan satu-satunya bekas pemain bola sepak yang telah menjadi tajuk berita atas sebab keadaan mereka yang begitu menyedihkan selepas bersara.
Bekas pemain bola sepak Anang Ma’ruf misalnya, menjadi bualan ramai pada 2015 apabila dia jatuh miskin.
Encik Anang yang bermain untuk beberapa kelab termasuk musuh ketat Arema FC Persebaya Surabaya - bersara pada 2013 ketika dia masih cergas dan berusia tiga puluhan.
Encik Anang memutuskan untuk melabur dalam perniagaan di Bali tetapi gagal dan hilang semua wangnya.
Dia kemudian menjadi pemandu teksi online pada 2015 sehingga Datuk Bandar Surabaya merekrutnya sebagai kakitangan agensi sukan tempatan.
Bekas penjaga gol kebangsaan pasukan bawah 18 tahun pula, Dedek Hendri, yang bermula dengan kelab bola sepak tempatan di Riau, turut berdepan kesukaran selepas bersara. Dia akhirnya menjadi penagih dadah dan perompak.
Ketua jawatankuasa disiplin PSSI Erwin Tobing memberitahu Mediacorp bahawa kehidupan pemain selepas mereka bersara daripada bola sepak profesional bukanlah tanggungjawab pemerintah.
“Sejujurnya, kami tidak boleh menjaga setiap bekas pemain. Mereka bukan tanggungjawab pemerintah, tetapi dalam beberapa kes, kami boleh bantu,” katanya.
Justeru, Encik Erwin menggesa pemain bola sepak supaya lebih bijak dan merancang masa depan mereka apabila masih aktif bermain bola sepak.
Kelab-kelab bola sepak, tambahnya, juga boleh membantu dengan mengingatkan pemain supaya membuat persiapan bagi persaraan dan memberi mereka insurans.
“Kelab perlu lebih profesional. Segala-galanya bergantung kepada kelab dan pemain itu sendiri,” kata Encik Erwin lagi.
Encik Ali Rifki, pengurus Arema FC dari 2021 hingga 2022, berkata beliau dan pengurusan kelab bola sepak itu telah menghulurkan bantuan kepada Encik Kurnia
“Saya secara peribadi sentiasa memberitahu pemain supaya bijak menguruskan kewangan mereka.
"Adalah lebih baik jika mereka mempunyai perniagaan sampingan supaya mereka masih mempunyai pendapatan selepas bersara," katanya kepada Mediacorp.
Keadaan juga dijangka menjadi lebih baik tidak lama lagi.
Semasa kongres PSSI pada 28 Mei, Encik Erick berkata persatuan itu akan mewujudkan sebuah yayasan bagi membantu pemain bola sepak Indonesia yang sudah bersara.
Butirannya tidak didedahkan, tetapi beliau berkata: "Kami akan membentuk sebuah yayasan yang akan membantu wira bola sepak seperti Kurnia Meiga atau yang lain."
Dalam kemas kini mengenai kes Encik Kurnia, Encik Erick di Instagramnya pada 31 Mei berkata beliau akan membantu bekas pemain bola sepak kebangsaan itu mendapatkan alat bantuan penglihatan.
Encik Erick berkata: “Insya-Allah, kami boleh membantu (En Kurnia) menjadi seorang usahawan. Kami mahu mencari francais (untuk dia usahakan).”

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.