Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

JPJ sahkan 32 anggota ditahan disyaki terlibat rasuah

 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan penahanan 32 anggotanya kerana disyaki terlibat dengan rasuah dalam Operasi Sukat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa (16 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
JPJ sahkan 32 anggota ditahan disyaki terlibat rasuah

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Mar 2021 08:20AM Dikemas Kini : 17 Mar 2021 08:25AM

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan penahanan 32 anggotanya kerana disyaki terlibat dengan rasuah dalam Operasi Sukat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa (16 Mac).

JPJ dalam kenyataannya semalam (16 Mac) memaklumkan tindakan itu adalah hasil kerjasama antara pihaknya dan SPRM dalam usaha memastikan jabatan berkenaan sentiasa bersih daripada sebarang elemen salah guna kuasa serta gejala rasuah yang mengakibatkan ketirisan kepada hasil negara.

“Pengurusan tertinggi JPJ berharap agar tindakan sebegini akan menjadi satu manifestasi jelas bahawa JPJ tidak berkompromi dengan sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan reputasi dan nama baik JPJ berhubung aspek integriti.

“Inisiatif ini tidak akan berhasil jika tidak mendapat kerjasama padu daripada semua pihak terutamanya dalam kalangan warga kerja JPJ sendiri,” menurut kenyataan itu.

Justeru, pengurusan tertinggi JPJ merakamkan ucapan penghargaan kepada warga kerja JPJ yang sentiasa menegakkan aspek integriti dalam menjalankan tugasan rutin mereka.

Media semalam melaporkan SPRM menahan 44 individu, termasuk 32 pegawai JPJ, seorang anggota polis trafik dan seorang bekas anggota polis trafik disyaki terlibat melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan di beberapa negeri.

Operasi secara besar-besaran di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Melaka itu dilancarkan kerana disyaki melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan seperti membawa muatan lebih serta tidak memenuhi aspek teknikal kenderaan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan