Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jordan terima bekalan pertama vaksin COVID-19

Jordan menerima bekalan pertama vaksin COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Jordan terima bekalan pertama vaksin COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Jan 2021 07:08PM Dikemas Kini : 10 Jan 2021 07:10PM

AMMAN: Jordan menerima bekalan pertama vaksin COVID-19.

Sebuah pesawat Emirates yang membawa bekalan vaksin keluaran China itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia semalam (9 Jan).

Vaksin-vaksin tersebut dihasilkan oleh syarikat Sinopharm.

Bekalan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech pula dijangka tiba di negara Timur Tengah itu esok (11 Jan).

Jordan merancang untuk memulakan program vaksinasinya pada Rabu depan (13 Jan).

Ia sudahpun membuat tempahan untuk memperolehi 200,000 dos vaksin dari Pfizer dan Sinopharm serta beberapa pembekal vaksin lain pada suku pertama tahun ini.

Menteri Kesihatan Jordan berkata pada mulanya, program vaksinasi itu akan menyasarkan 20 peratus hingga 25 peratus pekerja barisan hadapan dan kumpulan-kumpulan lemah.

Menurut para pegawai, seramai 150,000 orang telahpun mendaftarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Jordan melaporkan 305,000 kes COVID-19 dan lebih 4,000 kematian sejak bermulanya pandemik ini. 

Sumber : Agensi berita/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan