Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jordan jadi tuan rumah rundingan keselamatan, politik Israel-Palestin

Anggaran Waktu Membaca:
AMMAN: Jordan menjadi tuan rumah bagi pertemuan antara pegawai keselamatan dan politik tertinggi Israel dan Palestin pada Ahad (26 Feb) , yang juga akan disertai Amerika Syarikat (AS).

Ia bagi mengembalikan keamanan di wilayah itu ekoran berlakunya keganasan baru-baru ini sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan meningkatnya pertempuran menjelang bulan Ramadan, kata pegawai.

Mesyuarat sehari itu diadakan di Aqaba, bandar pelabuhan Laut Merah, dan turut disertai penasihat Presiden Joe Biden bagi Timur Tengah, Brett McGurk.

Mesyuarat itu juga akan menghimpunkan ketua keselamatan tertinggi Israel dan Palestin buat kali pertama dalam beberapa tahun selain wakil dari negara serantau yang lain.

Perbincangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha diplomatik Jordan bersama Washington dan Mesir untuk mengembalikan keamanan di Israel dan Wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat serta membina kepercayaan antara dua negara itu, menurut pegawai.

"Mesyuarat seperti ini tidak diadakan sejak beberapa tahun ini... Ia adalah satu pencapaian besar untuk menghimpunkan mereka," kata seorang pegawai kanan Jordan, yang juga tidak identitinya didedahkan.

Pada tahun-tahun sebelum ini pertempuran tercetus antara polis Israel dan penduduk Palestin di sekitar masjid Al Aqsa di Baitulmakdis semasa bulan puasa Ramadan yang bertepatan dengan sambutan Passover Yahudi dan Easter Kristian.

Sekurang-kurangnya 62 penduduk Palestin, termasuk lelaki bersenjata dan orang awam, terbunuh tahun ini, kata kementerian kesihatan Palestin.

Ketika rundingan dibuat, 11 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran senjata pada Rabu apabila tentera Israel menyerbu bandar Nablus di Tebing Barat.

Susulan itu, keputusan kepimpinan Palestin untuk menghadiri mesyuarat di Jordan mendapat kritikan daripada pihak lain.

Gerakan Fatah yang dipimpin Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mempertahankan langkah itu di Twitter.

"Keputusan untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat Aqaba walaupun kesakitan dan pembunuhan beramai-ramai ditanggung oleh rakyat Palestin adalah berpunca daripada keinginan untuk menamatkan pertumpahan darah," kata pergerakan itu.

Jumlah kematian itu adalah yang tertinggi sejak intifada Palestin kedua, atau pemberontakan, berakhir pada tahun 2005, di mana ia tahun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula mengesan mangsa.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan