Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jokowi zahir rasa kecewa terhadap keputusan FIFA batalkan penganjuran Piala Dunia Bawah 20 Tahun di Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Jokowi zahir rasa kecewa terhadap keputusan FIFA batalkan penganjuran Piala Dunia Bawah 20 Tahun di Indonesia

Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar fail: BERNAMA)

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menzahirkan rasa sedih atas keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membatalkan penganjuran Piala Dunia Bawah 20 tahun 2023 di negara itu.

Beliau berkata keputusan itu turut mengecewakan seluruh rakyatnya Indonesia namun mahu mereka segera melupakannya dan tidak saling menunding jari menyalahkan sesiapa.
“Kita harus menghormati dan menerima keputusan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis (30 Mac).

Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir juga digesa mengelakkan negaranya dikenakan tindakan tatatertib dan mencuba untuk menjadi tuan rumah kejohanan FIFA yang lain.

FIFA pada Rabu (29 Mac) menarik balik hak menganjur Piala Dunia Bawah 20 tahun daripada Indonesia selepas beberapa anggota politik negara itu membantah penyertaan pasukan Israel.

Menurut persekutuan itu, tindakan tatatertib terhadap PSSI mungkin diputuskan tidak lama lagi.

Indonesia dipilih sebagai penganjur pertandingan edisi 2023 pada Oktober 2019 sedangkan pasukan Israel melayakkan diri ke kejohanan itu pada Julai 2022.

Kejohanan Piala Dunia B-20 dijadualkan bermula dari 20 Mei hingga 11 Jun membabitkan 24 negara dan berlangsung di enam lokasi iaitu Bali, Bandung, Jakarta, Palembang, Solo dan Surabaya.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan