Skip to main content

Dunia

Jokowi zahir harapan rakyat Indonesia manfaatkan rentak Pilihan Raya Presiden bagi perkukuh jalinan semasa Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Para jemaah berkumpul di dalam dan luar Masjid Istiqlal di Jakarta bagi menunaikan solat di pagi Lebaran (10 Apr).

Inti khutbah menyeru orang ramai untuk mengenang nasib penduduk di Gaza yang masih dililit konflik yang berlarutan di Aidilfitri ini.

Di Aceh, ribuan penduduk yang berkumpul mendoakan kesejahteraan bagi para pelarian Rohingya serta penduduk Palestin.

Harapan jemaah di Masjid Besar Baiturrahman, Banda Aceh - agar keperitan yang dihadapi pelarian Rohingya dapat lebih jelas difahami masyarakat.

Mereka turut mengharapkan perdamaian bagi konflik yang berterusan di Gaza.

Presiden Joko Widodo turut menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada umat Islam di Indonesia.

Beliau berharap agar orang ramai dapat memanfaatkan momentum daripada Pilihan Raya presiden Februari lalu bagi memperkukuhkan lagi jalinan sesama warga.

"Semoga di hari yang fitri ini kita dapat saling memaafkan dan saling bersilaturahmi untuk mengeratkan kembali persaudaraan, menjadi bangsa yang rukun dan damai yang bersatu padu membangun Indonesia."
Sumber : Agensi berita/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita