Jokowi ulas pemecatannya daripada PDI-P
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Yasuyoshi CHIBA / AFP)
JAWA TENGAH: Mantan Presiden Indonesia, Joko Widodo memaklumkan beliau tidak berada dalam kedudukan yang wajar untuk mencabar pemecatannya daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).
Memetik laporan Kompas, Jokowi yang ditemui di kediamannya di Kota Solo, Jawa Tengah berkata, beliau tetap menghormati keputusan dibuat parti tertua republik itu.
Namun, Jokowi berkata hanya waktu yang akan membuktikan sama ada keputusan dibuat ketua umum PDI-P, Megawati Soekarnoputri dan Setiausaha Agung parti, Hasto Kristiyanto benar atau salah.
“Ya tidak apa, saya menghormati itu dan saya tidak dalam posisi untuk membela atau memberikan penilaian kerana keputusan sudah terjadi.
"Nanti waktu yang akan mengujinya. Saya rasa itu saja,” katanya lagi.
Media Indonesia pada Isnin (16 Dis) melaporkan PDI-P secara umum dan rasmi telah memecat Jokowi, anaknya yang juga Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, dan menantunya, Bobby Nasution, serta 27 pengikut lain daripada parti berkenaan.

Pada 4 Disember, Hasto yang ditemui pemberita di Jakarta Selatan menegaskan Jokowi bukan lagi sebahagian daripada PDI-P.
"Jokowi dan keluarga sudah tidak lagi sejalan dengan cita-cita parti. PDI-P melihat Jokowi dan keluarganya memiliki cita-cita kekuasaan yang tiada henti.
"Selain itu, amalan politik yang dijalankan Jokowi dan keluarganya harus menjadi pengajaran berharga kepada semua pihak untuk menjalankan disiplin parti," kata Hasto.

Sumber : Agensi berita/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.