Skip to main content

Dunia

Jokowi terima pelawaan Presiden Afghan jadi Imam semasa waktu solat Zohor

Tindakan Presiden Jokowi yang menjadi imam kepada Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani di Kabul menangkis dakwaan sebelum ini yang mengatakan beliau bukan beragama Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Jokowi terima pelawaan Presiden Afghan jadi Imam semasa waktu solat Zohor

Presiden Jokowi lakukan lawatan rasmi ke Kabul. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 30 Jan 2018 05:49PM Dikemas Kini : 30 Jan 2018 05:55PM

KABUL: Tindakan Presiden Jokowi yang menjadi imam kepada Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani di Kabul menangkis dakwaan sebelum ini yang mengatakan beliau bukan beragama Islam.

Menghormati permintaan Presiden Ashraf Ghani, Presiden Jokowi atau nama sebenarnya, Joko Widodo menjadi imam solat Zohor di sebuah bangunan di Kabul diiringi kira-kira tiga saf dibelakangnya, lapor Astro Awani.

Presiden Jokowi berbuat demikian semasa kunjungan rasminya ke enam negara Asia dan Kabul adalah perhentian terakhirnya.

Sebelum menunaikan ibadah solah, kedua-duanya bertukar tarbus atau songkok tradisional negara masing-masing.

“Marilah kita bersama-sama berganding tangan memelihara perdamaian. Marilah kita berganding tangan untuk menciptakan dunia yang sejahtera bagi semua,” ucap Presiden Jokowi semasa lawatan tersebut seperti yang ditukil Astro Awani.

Presiden Indonesia itu juga menegaskan bahawa setiap orang memiliki hak untuk menikmati kedamaian.

Beliau turut berpendapat bahawa perdamaian, kesatuan dan pembangunan antara dua negara dapat dikecapi dengan rahmat Allah. 

Sumber : Bernama/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita