Jokowi terima kunjungan Presiden FIFA bincang transformasi bola sepak Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Joko Widodo/Facebook)
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menerima kunjungan Presiden FIFA Gianni Infantino untuk membincangkan hala tuju arena bola sepak negara itu menyusuli tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur.
Pertemuan selama dua jam di Istana Merdeka turut membincangkan secara terperinci aspek pengurusan stadium, keselamatan, perlawanan dan penyokong.
“Transformasi bola sepak Indonesia akan bermula bersama FIFA yang akan mempunyai pejabat di sini sehingga semuanya berjalan lancar,” kata Encik Joko Widodo, yang juga dikenali sebagai Jokowi dalam kenyataannya.
Sementara itu, Encik Infantino menegaskan FIFA sedia bekerjasama dengan pemerintah, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Indonesia untuk menyusun semula bola sepak Indonesia.
Usaha itu penting memandangkan Indonesia akan menganjurkan Pertandingan Piala Dunia FIFA Bawah 20 Tahun selepas pembatalan edisi 2021 akibat pandemik COVID-19.
Pada 8 Oktober, Encik Jokowi mengesahkan bahawa Indonesia tidak akan dikenakan hukuman oleh FIFA menyusuli tragedi 1 Okt di Stadium Kanjuruhan di mana 133 penyokong maut akibat rusuhan dan rempuhan apabila para penyokong meluru ke padang.
Kekalahan pasukan tuan rumah Arema FC buat kali pertama di padangan sendiri dalam tempoh 23 tahun semasa pertemuan dengan pasukan Persebaya Surabaya mencetuskan kemarahan penyokong.
Situasi bertukar tegang, memaksa pihak keselamatan melepaskan gas pemedih mata menyebabkan beribu-ribu penyokong berasak-asak keluar dari padang melalui beberapa pintu sehingga menyebabkan rempuhan.
Jumlah yang maut bertambah menjadi 133 orang selepas seorang penyokong yang dirawat di hospital meninggal dunia tengah hari semalam (18 Okt).

Sumber : Bernama/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.