Jokowi tandatangani dekri presiden berhubung pemberhentian secara terhormat Mahfud MD
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar fail: Andrew Kutan/AFP)
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menandatangani keputusan presiden berhubung pemberhentian secara terhormat Mohammad Mahfud MD sebagai Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, lapor Agensi Berita ANTARA.
Penyelaras khas kakitangan presiden, Ari Dwipayana, berkata Presiden Jokowi menandatangani dekri presiden itu pada Jumaat (2 Feb).
Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri Indonesia Tito Karnavian, dilantik untuk memangku jawatan berkenaan sehingga pelantikan baharu dibuat.
Encik Mahfud, yang juga calon Naib Presiden Indonesia, pada Khamis (1 Feb) menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Jokowi di Istana Merdeka, Jakarta.
Encik Jokowi menganggap keputusan Encik Mahfud untuk meletak jawatannya adalah perkara biasa dan mengulangi sekali lagi bahawa beliau menghormati keputusan itu.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.