Skip to main content

Dunia

Jokowi tambah bekalan beras supaya harga dalam pasaran tempatan turun

Anggaran Waktu Membaca:
Jokowi tambah bekalan beras supaya harga dalam pasaran tempatan turun

(Gambar: Facebook/Presiden Joko Widodo)

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo pada Ahad (8 Okt) berkata pemerintahnya akan menambah bekalan beras dalam pasaran tempatan untuk mengawal harga pembeli yang terjejas oleh harga padi.

"Pesawah padi gembira kerana harga padi meningkat...Mereka gembira, tetapi pembila tidak gembira," katanya semasa memeriksa tuaian beras di Subang, Jawa Barat pada Ahad.

Demikian menurut kenyataan dari Sekretariat Presiden.

Menurut data September 2021 dari Perangkaan Indonesia, harga padi yang siap untuk dikisar mencecah 7,386 rupiah (64 sen) setiap kilogram, iaitu peningkatan 9.3 peratus daripada 6,760 rupiah (59 sen) setiap kilogaram pada Ogos 2023.

Encik Jokowi berkata bahawa kenaikan harga padi pada masa ini menaikkan harga beras di pasaran tempatan dan keadaan tersebut harus ditangani.

"Kami akan menangani keadaan ini dengan membekalkan beras sebanyak mungkin kepada pasar, untuk menurunkan harga bersa," katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa strategi tersebut berkesan dalam menurunkan harga beras di Pasar Borong Beras Cipinang di Jakarta.

Beliau juga memberi jaminan bahawa bekalan beras negara di gudang syarikat logistik milik Indonesia, Bulog, sudah mencapai 1.7 juta tan.

"Disebabkan fenomena El Nino, penghasilan beras berkurangan. Namun ia bukan satu masalah kerana bekalan kita di Bulog agak banyak," kata Encik Jokowi.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita