Jokowi sokong semua bakal calon Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar fail: Andrew Kutan/AFP)
SURABAYA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata beliau tidak memihak kepada sesiapa dan akan menyokong semua pasangan calon presiden serta calon naib presiden yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024.
"Saya sokong semuanya untuk kebaikan negara ini," kata Encik Jokowi selepas mengacarakan Majlis Hari Santri di Tugu Pahlawan Surabaya, Jawa Timur pada Ahad (22 Okt).
Ketika ditanya sama ada anak lelakinya Gibran Rakabuming Raka sesuai dipasangkan dengan Prabowo Subianto dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024, Encik Jokowi berkata semua pasangan calon yang bakal bertanding adalah sesuai.

Beliau menamakan satu per satu nama calon presiden dan nama calon naib presiden.
Namun, ketika menyebut nama Encik Prabowo, tiada nama calon naib presiden disebut Encik Jowoki.
Sehingga kini, tiada pengumuman rasmi dikeluarkan mengenai siapa yang akan menyertai Encik Prabowo dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024.
"Semuanya sesuai, Pak Anies dengan Pak Muhaimin sesuai. Pak Ganjar dengan Pak Mahfud sesuai, Pak Prabowo juga sesuai," tambah Encik Jokowi.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.