Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jokowi rombak kabinet; lantik individu rapat dengan Prabowo

Anggaran Waktu Membaca:
Jokowi rombak kabinet; lantik individu rapat dengan Prabowo

Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar fail: Andrew Kutan/AFP)

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik tiga menteri baharu dan seorang timbalan menteri di Istana Negara pada Isnin (19 Ogos).

Presiden Jokowi melantik Bahlil Lahadalia sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, menggantikan Arifin Tasrif.

Encik Bahlil yang sebelum ini Menteri Pelaburan dan Ketua Lembaga Penyelaras Pelaburan pula akan digantikan oleh Rosan Roeslani.

Sementara itu, Supratman Andi Agtas dilantik sebagai Menteri Hukum Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, manakala Annga Raka Prabowo dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat.

Rombakan itu bertujuan meningkatkan keberkesanan pentadbiran Joko Widodo, menyelaraskannya dengan keutamaan dasar serta memastikan peralihan kuasa kepada Presiden Dilantik Prabowo Subianto berjalan lancar.


Pengumuman itu dibuat dua bulan sebelum Encik Jokowi melepaskan jawatan pada Oktober nanti, di mana beliau akan digantikan Presiden dipilih dan Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, yang memenangi pilihan raya pada Februari lalu.

Kebanyakan daripada pelantikan baharu itu dikatakan rapat dengan Encik Prabowo.

Sumber : AGENCIES/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan