Jokowi rombak barisan menteri Kabinet 2 bulan sebelum penggal berakhir; pengkritik persoal sama ada ia perlu

Menteri Tenaga dan Sumber Mineral yang baru sahaja dilantik, Bahlil Lahadalia (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Joko Widodo semasa upacara mengangkat sumpah di Istana Presiden di Jakarta pada 19 Ogos 2024. (Gambar: Yasuyoshi Chiba/AFP)
Para pengkritik bagaimanapun mempersoalkan perubahan pada barisan menteri Kabinet tersebut, memandangkan pengumuman itu dibuat hanya dua bulan sebelum Encik Jokowi melepaskan jawatan itu pada Oktober nanti untuk memberi laluan kepada penggantinya, bakal Presiden Prabowo Subianto.
Encik Andi Agtas dari parti Gerindra Encik Prabowo akan menyandang jawatan baharu sebagai menteri undang-undang dan hak asasi manusia. Manakala, Menteri Pelaburan Bahlil Lahadalia bakal menggantikan portfolio menteri tenaga dan sumber mineral itu.
Menurut laporan media, Encik Arifin bukan anggota PDI-P tetapi diketahui ramai mempunyai kaitan dengan parti tersebut.
Encik Bahlil pula dikenali sebagai rakan setia Encik Jokowi, yang menjadi sosok penting dalam kempen pilihan raya presiden Encik Prabowo pada Februari lalu.
Pada Isnin, Encik Jokowi turut melantik pengurus kempen Encik Prabowo, Rosan Roeslani sebagai menteri pelaburan baharu itu untuk menggantikan Encik Bahlil.
Lagi seorang anggota golongan dalaman Encik Prabowo, Angga Raka Prabowo dilantik oleh Presiden itu sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Maklumat baharu. Beliau merupakan pengarah media bagi Kempen Nasional Prabowo-Gibran pada Pilihan Raya Presiden 2024.
Para pengamat mengatakan meskipun ia merupakan tanggungjawab Presiden itu untuk mengubah menterinya, perubahan pada barisan menteri Kabinet tersebut dilihat sangat dirangsang politik, memandangkan orang yang baru dilantik itu berasal daripada gabungan sokongannya.
"Dalam sistem presiden itu, Presiden tersebut boleh melakukan rombakan pada bila-bila masa, bahkan sehari sebelum melepaskan jawatan, ia tidak menjadi satu masalah," ujar Dr Ujang Komarudin, seorang pakar politik dari Universiti Al Azhar Indonesia dalam satu wawancara dengan CNN Indonesia TV pada Isnin.
"Namun rombakan tersebut kali ini (adalah) bagi kepentingan politik," jelasnya, sambil menambah bahawa langkah itu seolah-olah kelihatan seperti usaha untuk memperbaiki kedudukan Encik Jokowi dalam rundingan dengan pemerintah Encik Prabowo.
Encik Prabowo, yang merupakan pengerusi Parti Gerindra, dan timbalannya Gibran Rakabuming Raka, iaitu anak sulung Encik Jokowi, akan mengangkat sumpah pada 20 Oktober nanti. Menurut perlembangaan itu, Encik Jokowi, yang terakhir sekali merombak barisan menteri Kabinetnya pada Februari lalu, tidak boleh berkhidmat sebagai presiden kerana beliau sudahpun menyandang jawatan itu selama dua penggal.

Encik Agung Baskoro, seorang penganalisis di institut penyelidikan Trias Politika Strategic, memberitahu Mediacorp bahawa mereka yang dilantik Encik Jokowi mempunyai hubungan peribadi yang akrab dengan Presiden itu.
Encik Agung menarik perhatian bahawa rombakan tersebut adalah bagi manfaat gabungan pemerintah baharu itu. Dalam pada itu, sebilangan individu yang berada dalam parti pembangkang itu, harus digugurkan.
DUA BULAN SEBELUM PENGGAL JOKOWI BERAKHIR
Para pengamat menambah dengan pelaksanaan rombakan tersebut, yang dilakukan hanya dua bulan sebelum Encik Jokowi melepaskan jawatan, jangka masa itu sangat pendek bagi menteri yang terlibat melakukan tugas masing-masing dengan berkesan.
"Rombakan ini tidak diperlukan. Pemerintah harus menumpukan kepada baki dua bulan agar pencapaian dan prestasi dimaksimumkan," tekan Encik Agung.
Pemerintah Jokowi bagaimanapun menegaskan bahawa rombakan tersebut adalah demi membantu dalam peralihan kuasa itu.
Encik Agung mengatakan bahawa terdapat kemungkinan bahawa mereka yang dilantik pada Isnin akan terus berkhidmat dalam pemerintah Encik Prabowo. "Mudah-mudahan, mereka boleh (berpendirian) selaras dengan dasarnya. Tetapi jika mereka digantikan semula (dalam pemerintah Prabowo), lantas (rombakan ini) akan menjadi berlebihan," ujar Encik Agung.
APA AKAN BERLAKU KEPADA MENTERI PDI-P LAIN
Masih terdapat tiga menteri PDI-P yang lain dalam kabinet Encik Jokowi, termasuk setiausaha kabinet tersebut, tetapi para pengamat mengesyaki bahawa mereka tidak akan terjejas oleh sebarang perubahan lanjut. Ini memandangkan peranan mereka tidak dianggap strategik, tidak seperti menteri undang-undang dan hak asasi manusia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.