Jokowi raikan ketibaan Sukan Asia, pakai jaket sempena termasya
Pemerintah Indonesia menggunakan pendekatan berbeza untuk mempromosikan Sukan Asia ke-18 yang bakal berlangsung di negara itu dari 18 Ogos hingga 2 September di Jakarta dan Palembang.
Gambar: Presiden Joko Widodo/Facebook
JAKARTA: Pemerintah Indonesia menggunakan pendekatan berbeza untuk mempromosikan Sukan Asia ke-18 yang bakal berlangsung di negara itu dari 18 Ogos hingga 2 September di Jakarta dan Palembang.
Sempena termasya itu, Presiden Joko Widodo atau Jokowi memakai jaket dengan lambang Sukan Asia dan pelbagai motif sukan seperti angkat berat, bola keranjang, memanah serta lawan pedang ketika menghadiri pelbagai acara termasuk mesyuarat Kabinet sejak minggu lalu, lapor Antara News.
Presiden Jokowi membuat 'promosi' itu selepas beliau mendapati bahawa Sukan Asia masih belum mendapat liputan meluas.
Antara News melaporkan bahawa susulan itu, kesemua menteri Kabinet merancang untuk memakai jaket Sukan Asia bermula dari detik 100 hari menjelang pembukaan acara tersebut.
"Kami akan memakai jaket sama untuk 'countdown'," kata Menteri Pelancongan, Encik Arief Yahya.
Antara News difahamkan, kira-kira 9.5 ribu atlit dari 45 negara akan menyertai acara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.