Jokowi, Prabowo akan bertemu dalam debat pertama
Presiden Joko Widodo dan penentangnya mantan Jeneral Prabowo Subianto akan bertikam lidah dalam perdebatan pertama Pilihan Raya Presiden Indonesia, malam ini (17 Jan) di Jakarta.
JAKARTA: Presiden Joko Widodo dan penentangnya mantan Jeneral Prabowo Subianto akan bertikam lidah dalam perdebatan pertama Pilihan Raya Presiden Indonesia, malam ini (17 Jan) di Jakarta.
Kali terakhir mereka bersaing dalam pilihan raya 2014, Presiden Jokowi mengalahkan Encik Prabowo dengan kelebihan 53 peratus undi berbanding 47 peratus yang diraih pencabarnya.
Maka itu, perdebatan pertama kali dijangka lebih hangat daripada sebelumnya.
Isu undang-undang, hak asasi kemanusiaan, rasuah dan pengganasan menjadi empat tema utama perdebatan sulung itu.
Sejauh ini, kedua-dua pihak enggan mendedahkan strategi dan tumpuan masing-masing.
Tetapi bagi pasukan Presiden Jokowi, mereka melihat keempat-empat tema itu sebagai penting.
Menurut para pakar, orang ramai perlu dididik tentang program-program yang dilakarkan sebagai asas mereka menentukan siapa yang akan dipilih.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.