Jokowi nafi spekulasi peletakan jawatan beberapa menteri kabinet
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar fail: BERNAMA)
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo menafikan spekulasi yang mendakwa beberapa menteri kabinetnya telah meletak jawatan, termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.
Beliau berkata Kabinet Maju Indonesia masih meneruskan kerja seperti biasa.
“Setiap hari kita ada mesyuarat terhad dan dalaman dengan semua menteri atau sebahagian menteri," katanya dipetik agensi berita Antara selepas sambutan ulang tahun ke-78 Muslimat Nahdlatul Ulama.
Pemimpin Indonesia itu percaya, berita palsu itu sengaja ditimbulkan di tengah-tengah kempen politik menjelang Pilihan Raya Umum negara itu pada bulan depan.
Minggu lalu, pakar ekonomi kanan dari Institut Pembangunan Ekonomi dan Kewangan Indonesia, Faisal Basri mendakwa, 15 menteri kabinet berpotensi mengundurkan diri.
Encik Faisal juga berpendapat Encik Jokowi terlalu memihak kepada pasangan calon presiden dan naib presiden Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka.
Encik Gibran merupakan anak sulung Encik Jokowi.
Sementara itu, isu “pemecatan” atau ‘impeachment’ terhadap Encik Jokowi menjadi antara topik yang hangat dibahaskan di forum politik dan media ketika ini.
Pergerakan Petisi Seratus, yang menggabungkan beberapa tokoh masyarakat, bertemu dengan Menteri Politik, Hukum dan Keamanan Mahfud MD pada 9 Januari lalu, untuk meminta agar Encik Mahfud memecat Encik Jokowi.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.