Skip to main content

Dunia

Jokowi mohon maaf kali kelima jelang tamat penggal Presiden Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Jokowi mohon maaf kali kelima jelang tamat penggal Presiden Indonesia

Presiden Indonesia, Joko Widodo meminta maaf kepada masyarakat dengan menggunakan alat pembesar suara semasa mengunjungi Pasar LIPA Kalabahi di Kabupaten Alor, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. (Gambar: Instagram Jokowi)

JAKARTA: Timbalan Protokol, Akhbar dan Media Sekretariat Presiden, Yusuf Permana berkata permohonan maaf berulang kali oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi) disifatkan sebagai bukti kesungguhan beliau memperbaiki dasar yang sudah dilaksanakan.

Katanya, tindakan itu menunjukkan Jokowi serius dalam merenungi keputusan yang telah diambil sepanjang tempoh pentadbiran beliau.

"Presiden Jokowi sekurang-kurangnya lima kali telah memohon maaf secara terbuka semasa lawatan kerja di pelbagai kawasan.

"Siri permohonan maaf yang disampaikan di pelbagai kesempatan dan lokasi membuktikan beliau serius dalam mengkaji semula dasar yang telah dilaksanakan," kata Encik Yusuf, yang dipetik Antara pada Khamis (3 Okt).

Kenyataan itu merujuk kepada kecenderungan Presiden Jokowi yang baru-baru ini sering memohon maaf kepada rakyat semasa lawatan kerja di pelbagai wilayah.

Pada beberapa kesempatan, Encik Jokowi kerap kali membuat permohonan maaf ketika beliau meninjau pasar rakyat untuk memeriksa harga barangan keperluan asas.

Encik Yusuf menjelaskan bahawa tindakan Presiden Jokowi menunjukkan sikap kerendahan hati serta keberaniannya mengakui kekurangan diri sebagai seorang manusia yang tidak sempurna.

Tambahnya lagi, langkah diambil di tengah-tengah cabaran ekonomi yang dihadapi oleh rakyat, terutamanya berikutan kenaikan harga barang.
 
Sumber : Agensi berita
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita