Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jokowi minta Putin tamatkan pencerobohan ke atas Ukraine

Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa Rusia agar menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine yang memberi kesan negatif kepada pemulihan ekonomi dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Jokowi minta Putin tamatkan pencerobohan ke atas Ukraine

Presiden Joko Widodo berucap di Istana Merdeka Jakarta pada 5 Feb 2021. (Gambar: Biro Media Sekretariat Presiden/Lukas)

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa Rusia agar menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine yang memberi kesan negatif kepada pemulihan ekonomi dunia.

Encik Joko Widodo, menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin, pada Khamis (28 Apr) "menggariskan bahawa konflik mesti dihentikan serta-merta dan ruang untuk rundingan damai harus diberi keutamaan."

"Indonesia bersedia menyumbang ke arah matlamat ini," kata Presiden itu.

Encik Joko Widodo, yang juga dikenali mesra sebagai Jokowi, menerusi ciapan terbarunya memaklumkan kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan situasi di Ukraine serta kerjasama G20.

Beliau juga menolak permintaan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky untuk bekalan senjata sambil berkata permintaan itu bertentangan dengan dasar luar Indonesia.

Presiden Indonesia itu bercakap dengan pemimpin Ukraine menerusi panggilan telefon pada petang Rabu (27 Apr).

Encik Jokowi, menerusi siaran langsung pada Jumaat, berkata kedua-dua pemimpin Encik Putin dan Encik Zelensky dijemput ke sidang puncak G20 pada November di Bali.

"Saya ingin menegaskan bahawa Indonesia berminat untuk menyatukan anggota G20. Tidak seharusnya ada perpecahan. Keamanan dan kestabilan adalah kunci kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi dunia," tekannya.
 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan