Skip to main content

Dunia

Jokowi lawat Prabowo di hospital, seminggu selepas jalani pembedahan

Anggaran Waktu Membaca:
Jokowi lawat Prabowo di hospital, seminggu selepas jalani pembedahan

(Gambar: Facebook/Presiden Joko Widodo)

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo melawat bakal presiden Prabowo Subianto, yang juga Menteri Pertahanan Indonesia, pada Ahad (30 Jun).

Encik Prabowo menerima rawatan selepas menjalani pembedahan di Hospital Pertahanan Nasional Pusat, Jakarta Selatan, minggu lalu.

Encik Jokowi menggesa rakyat Indonesia melalui media sosial untuk mendoakan supaya Encik Prabowo sembuh dengan cepat.

Encik Prabowo, yang juga bakal presiden bagi tempoh 2024 hingga 2029, menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan pada kakinya, yang diperolehi ketika berkhidmat dalam tentera.

"Saya mengalami dua kecederaan di kaki kiri saya ketika menjalani latihan payung terjun, semasa berkhidmat dengan Tentera Nasional Indonesia pada tahun 80-an," tulis Encik Prabowo di media sosial.

"Insha Allah, apabila saya sembuh, saya akan lebih bersedia untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat Indonesia," tambanya.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita