Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jokowi isytihar menang, kekalkan jawatan Presiden Indonesia

Encik Joko Widodo atau Jokowi hari ini (18 Apr)mengisytiharkan beliau memenangi pilihan raya Presiden Indonesia semalam, sekali gus mengekalkan jawatan disandang untuk tempoh lima tahun lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Apr 2019 08:43PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 11:00PM

JAKARTA: Encik Joko Widodo atau Jokowi hari ini (18 Apr) mengisytiharkan beliau memenangi pilihan raya Presiden Indonesia semalam (17 Apr), sekali gus mengekalkan jawatan disandang untuk tempoh lima tahun lagi.

Presiden Jokowi membuat perisytiharan itu dalam sidang media di Jakarta petang tadi (18 Apr) berdasarkan hasil hitung cepat oleh 12 lembaga tinjauan yang menunjukkan tiket gandingannya dengan ulama terkenal Ma’ruf Amin memperoleh 54.5 peratus undi berbanding pesaingnya, Prabowo Subianto yang berganding dengan Sandiaga Uno.

Bekas jeneral itu memperoleh 45.5 peratus, menurut ‘kiraan pantas’ tidak rasmi sampel undian oleh peninjau persendirian.

"Kita tahu semuanya bahawa yang dikatakan penghitungan cepat 'quick count' adalah cara penghitungan yang ilmiah yang dari pengalaman-pengalaman pemilu (pilihan raya) yang lalu, ketepatannya 99 peratus, hampir sama dengan hasil kiraan sebenar," kata Jokowi dalam sidang media berkenaan.

"Namun demikian sekali lagi kita harus tetap sabar, sabar menunggu hasil penghitungan rasmi dari KPU (Suruhanjaya Pilihan Raya.)".

Sementara itu, semasa berucap kepada para penyokongnya malam semalam (17 Apr), Encik Prabowo mendakwa beliau bakal menjadi Presiden baru Indonesia.

Menurut Encik Prabowo, kumpulannya yakin beliau meraih 62 peratus undi.

Encik Prabowo sebelum ini memberi amaran beliau akan mencabar keputusan pilihan raya presiden di mahkamah, jika beliau diumumkan kalah.

Dalam kenyataannya hari ini (18 Apr), Encik Prabowo mendakwa berlaku banyak kecurangan pengundian di merata Indonesia. 

Sumber : Agensi berita/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan