Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jokowi ingin Tesla keluarkan kereta elektrik di Indonesia, bukan sekadar bateri

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo mahu pengilang kenderaan elektrik (EV) Tesla mengeluarkan kereta dan baterinya di negara itu.

Indonesia mahukan "ekosistem besar kereta elektrik" dan bukan hanya menggunakan sumber aslinya untuk membuat bateri, kata Jokowi, seperti dipetik Bloomberg News. 

Beliau juga berkata, Indonesia sedang mempertimbangkan untuk mengenakan cukai ke atas eksport nikel tahun ini bagi meningkatkan pendapatan.

Jokowi dan pegawai kanan kerajaan Indonesia mengadakan pertemuan dengan pengasas Tesla, Elon Musk, awal tahun ini, lapor Bloomberg News. 

Mereka meminta Encik Musk untuk mempertimbangkan negara Asia Tenggara itu sebagai hab pengilangan kereta, selain membuat bateri.

Pada awal bulan ini, Menteri Kanan Indonesia, Luhut Pandjaitan berkata, Tesla mencapai perjanjian bernilai AS$5 bilion (S$6.96 bilion) untuk membeli produk nikel daripada syarikat pemprosesan nikel yang beroperasi di luar Morowali, Indonesia di Pulau Sulawesi.

Bahan nikel akan digunakan dalam bateri litium Tesla.

Semasa pertemuan mereka pada Mei, Jokowi menjemput Musk melawat Indonesia pada November apabila negara itu akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pemimpin bagi Kumpulan 20 Ekonomi Utama (G20).

Syarikat-syarikat yang melabur atau sudah mengumumkan rancangan pelaburan mereka dalam pembuatan kereta elektrik di Indonesia termasuk firma Jepun Toyota Motor dan Mitsubishi Motors serta Hyundai Motor Group dari Korea Selatan.

SGMW Motor Indonesia, sebahagian daripada usaha sama SAIC Motor, General Motors dan Wuling Motors mempunyai kilang pemasangan EV di negara yang kaya dengan sumber itu, menurut Bloomberg News.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan