Skip to main content

Dunia

Jokowi gesa bantuan secukupnya kepada mangsa letusan Semeru; angka korban naik 34

Presiden Indonesia Joko Widodo pada sekitar tengah hari Selasa (7 Dis) meninjau lokasi tempat kejadian dan menyampaikan rasa sedih menyusuli tragedi yang berlaku akibat letusan Gunung Semeru.

Anggaran Waktu Membaca:
Jokowi gesa bantuan secukupnya kepada mangsa letusan Semeru; angka korban naik 34

Kerja-kerja menyelamat di Lumajang pada 6 Dis 2021 susuli ledakan Gunung Semeru (Gambar: Juni Kriswanto / AFP)

Diterbitkan : 08 Dec 2021 10:45AM

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo pada sekitar tengah hari Selasa (7 Dis) meninjau lokasi tempat kejadian dan menyampaikan rasa sedih menyusuli tragedi yang berlaku akibat letusan Gunung Semeru.

Beliau mahu memastikan seluruh keperluan cukup untuk menjalankan kerja menyelamat, pemindahan penduduk terjejas dan perancangan pemulihan infrastruktur yang rosak.

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia pada Selasa melaporkan jumlah korban meningkat menjadi 34 orang, manakala 17 orang masih hilang.

Gunung Semeru secara mengejut memuntahkan abu tebal setinggi lebih 12,000 meter ke langit, dengan gas membakar dan lava mengalir menuruni lereng gunung ke kawasan penempatan.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia M. Saravanan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Indonesia menyusuli tragedi letusan Gunung Semeru di daerah Lumajang, Wilayah Jawa Timur pada Sabtu lalu.

"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia ingin merakamkan ucapan belasungkawa kepada pemerintah dan rakyat Indonesia di atas tragedi letusan Gunung Semeru.

"Semoga pihak keluarga kepada mangsa-mangsa tragedi ini tetap tabah dan diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini," katanya selepas melakukan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya dari Indonesia, Ida Fauziyah di Jakarta.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita