Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jokowi dahului Prabowo dengan kelebihan 13.5 juta undi

Proses pengiraan kertas undi bagi Pilihan Raya Presiden Indonesia kini melebihi 70 peratus, dengan Presiden Joko Widodo atau lebih mesra dipanggil Jokowi, berada dalam keadaan selesa dan sedang mendahului pencabarnya, Encik Prabowo Subianto, dengan kelebihan 13.5 juta undi.

Anggaran Waktu Membaca:
Jokowi dahului Prabowo dengan kelebihan 13.5 juta undi

Presiden Joko Widodo. (Gambar: Beawiharta/Reuters)

Diterbitkan : 08 May 2019 05:00PM Dikemas Kini : 08 May 2019 05:03PM

JAKARTA: Proses pengiraan kertas undi bagi Pilihan Raya Presiden Indonesia kini melebihi 70 peratus, dengan Presiden Joko Widodo atau lebih mesra dipanggil Jokowi, berada dalam keadaan selesa dan sedang mendahului pencabarnya, Encik Prabowo Subianto, dengan kelebihan 13.5 juta undi.

Encik Jokowi yang mempertahankan jawatannya, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Dr Ma'ruf Amin memperolehi lebih 61.2 juta undi.

Manakala Encik Prabowo dan pasangannya Encik Sandiaga Uno memperolehi lebih 47.6 juta undi.

Mengikut pengiraan undi menerusi laman web rasmi Komisi Pemilihan Umum (KPU) setakat tengah hari ini (8 Mei), pengiraan undi itu melibatkan 577,855 Tempat Pembuangan Suara (TPS) atau pusat pengundian daripada keseluruhan 813,350 TPS.

Pada 17 April lepas, sebanyak  77.5 peratus daripada 192.8 juta pengundi yang layak, keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu) 2019.

Proses pengiraan undi Pemilu 2019 dijangka selesai 22 Mei ini.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan