Jokowi berharap hospital pertama ibu kota baharu Nusantara jadi daya tarikan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Antara
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo telah melakukan upacara pecah tanah bagi pembinaan hospital pertama di kawasan ibu kota baharu negara itu, Nusantara, di Kalimantan Timur, pada pagi Khamis (22 Sep).
Hospital Abdi Waluyo Nusantara itu akan menawarkan kira-kira 400 bilik rawatan.
Projek pembinaan hospital tersebut melibatkan pelaburan 2 triliun rupiah (S$178 juta).
Presiden Jokowi berkata ia bukan hospital umum tetapi yang menyediakan rawatan dalam bidang-bidang kepakaran tertentu.
Presiden Jokowi turut meluahkan harapan agar Hospital Abdi Waluyo Nusantara itu dapat menjadi sebuah tarikan bukan sahaja bagi masyarakat di kawasan itu, bahkan juga masyarakat dari seluruh Indonesia.
"Dan bahkan dari luar negeri. Itu yang kita harapkan," tambah Presiden Jokowi, seperti dipetik oleh agensi berita Antara.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.