Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jokowi arahkan kurikulum pengurusan bencana untuk pelajar dan orang awam

Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran baru tsunami selepas dua rekahan baru dikesan di gunung berapi Anak Krakatau.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jan 2019 07:00PM Dikemas Kini : 03 Jan 2019 10:55PM

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran baru tsunami selepas dua rekahan baru dikesan di gunung berapi Anak Krakatau.

Ketinggian gunung di Selat Sunda itu sudah berkurangan sekitar 66 peratus setelah ia meletus bulan lalu.

Letusan itu mencetuskan tsunami yang melanda kedua-dua bahagian pantai Selat Sunda di Lampung, Sumatera dan di Banten, Jawa Barat.

Lebih 430 orang terkorban, kira-kira 14,000 lagi penduduk cedera dan 33,000 mangsa kini tinggal di tempat-tempat perlindungan sementara.

Memandangkan kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, Indonesia kerap mengalami letusan gunung berapi dan gempa bumi.

Lantaran itu, Presiden Joko Widodo meminta Kementerian Pendidikan negara itu supaya memperkenalkan mata pelajaran mengenai pengurusan bencana bagi para pelajar serta orang awam.

Menurutnya, langkah itu akan dilaksanakan seawal bulan Januari, terutama sekali bagi mereka yang tinggal di kawasan-kawasan terdedah kepada bencana alam. 

Sumber : Agensi berita/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan