Jokowi arah siasatan menyeluruh ke atas dana haram pilihan raya; badan pengawas enggan campur tangan
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar fail: Andrew Kutan/AFP)
JAKARTA: Sebuah agensi pemerintah yang memantau aliran kewangan di Indonesia menemukan pelbagai urus niaga mencurigakan membabitkan jumlah wang yang besar.
Pemindahan bertrilion rupiah dipercayai berkait rapat dengan pilihan raya parlimen di pelbagai peringkat pada Februari hadapan.
Presiden Joko Widodo sudahpun mengarahkan pihak berkuasa supaya menyiasat dapatan tersebut.
Menurut Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Kewangan atau PPATK, ia menemukan pelbagai penyelewengan yang disyaki merupakan bayaran haram, membabitkan lebih 6,000 calon dan pengurus parti daripada parti-parti politik berbeza.
Tiada calon dinamakan, namun siasatan membabitkan mereka yang tersenarai dalam daftar pilihan raya parlimen.
Media Indonesia melaporkan, agensi itu mula mengesyaki ada yang tidak kena, apabila mendapati akaun-akaun khas untuk kempen bagi pelbagai parti politik tidak banyak berganjak.
Sebaliknya, pelbagai transaksi dengan jumlah wang yang besar dikesan di akaun-akaun milik para calon.
Pelbagai dana yang mencecah lebih trilion rupiah itu semakin melonjak sejak pertengahan 2023.
Presiden Jokowi menekankan bahawa dana haram yang digunakan menjelang pilihan raya 2024 mesti disiasat secara menyeluruh.
Namun badan pengawas pilihan raya enggan campur tangan, dengan alasan perkara tersebut di luar bidang kuasanya.
Pilihan raya Indonesia akan berlangsung pada 14 Februari tahun depan.
Selain memilih presiden baharu, para pengundi juga memilih anggota parlimen bagi peringkat nasional, wilayah dan daerah.

Sumber : AGENCIES/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.