Jokowi arah pengawasan lebih ketat ubat terkait kes ginjal akut
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Milan Berckmans/AFP)
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo mengarahkan pengawasan lebih ketat terhadap industri ubat negara itu.
Ia menyusuli bertambahnya kematian kanak-kanak kerana mengalami kegagalan ginjal akut (AKI).
Sejak awal tahun ini 241 kes AKI dikesan di 22 wilayah Indonesia.
133 daripada pesakitnya telah meninggal dunia.
Menteri Kesihatan Indonesia pula berkata pihaknya sedang mendapatkan ubat penawar racun dari Singapura dan Australia bagi menangani kes AKI itu.
Menurut Encik Budi Gunadi Sadikin, sebanyak 200 bebuli ubat Fomepizole
untuk suntikan telah dipesan dari Singapura dan Australia.
Fomepizole digunakan untuk merawat keracunan daripada ethylene glycol, bahan kimia yang ditambah pada ubat sirup demam, batuk dan selesema.
Kandungan bahan kimia itu yang melebihi had selamat, telah ditemui dalam beberapa jenis ubat sirup buatan Indonesia.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/MU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.