Jokowi, Anies Baswedan giat sokong calon pilihan masing-masing bagi jawatan Gabenor Jakarta
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/@aniesbaswedan)
SINGAPURA: Dengan tinggal beberapa hari sahaja sebelum Indonesia memilih pemimpin tempatannya pada 27 Nov, mantan Presiden Joko Widodo dan mantan Gabenor Jakarta Anies Baswedan memberikan sokongan kepada calon pilihan mereka dalam perebutan untuk menjadi Gabenor Jakarta seterusnya.
Ini telah menyebabkan para pemerhati dan netizen menyifatkan pemilihan Gabenor Jakarta sebagai persaingan antara Jokowi dan bekas calon presiden Encik Anies, dan bukannya persaingan antara calon sebenar iaitu Encik Ridwan Kamil dan Encik Pramono Anung.
Encik Ridwan, 53 tahun, ialah mantan Gabenor Jawa Barat yang disokong oleh Koalisi Indonesia Maju Plus atau KIM Plus pimpinan Presiden Prabowo Subianto.
Encik Pramono, 61 tahun, yang baru-baru ini merupakan Setiausaha Kabinet, disokong oleh Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pimpinan mantan Presiden Megawati Soekarnoputri.
Tinjauan terbaharu menunjukkan Encik Pramono mendahului Encik Ridwan.
Menurut tinjauan yang dijalankan dari 31 Okt hingga 9 Nov oleh Saiful Mujani Research and Consulting, Encik Pramono mendahului dengan sokongan sebanyak 46 peratus manakala bagi Encik Ridwan ialah 39.1 peratus.
Calon ketiga, pesuruhjaya polis yang sudah bersara, Dharma Pongrekun, bertanding sebagai calon bebas.
Kedua-dua Encik Anies dan Encik Jokowi adalah mantan Gabenor Jakarta dan Encik Anies pernah berkhidmat sebagai menteri pendidikan semasa pemerintahan Encik Jokowi sebelum beliau dipecat pada 2016.
Walaupun Jakarta bakal kehilangan statusnya sebagai ibu negara Indonesia kepada Nusantara di Kalimantan Timur, ia adalah nadi politik dan ekonomi negara. Menjadi gabenor bandar itu dilihat sebagai batu loncatan untuk menyandang jawatan presiden.
Pada Isnin (18 Nov), Encik Jokowi hadir di perhimpunan penyokong Encik Ridwan dan mengisytiharkan sokongannya kepada ahli politik Golkar itu dan pasangannya Suswono daripada Partai Keadilan Sejahtera (PKS).
“Beliau adalah calon yang tepat untuk menerajui Jakarta dengan segala cabaran yang ada kerana beliau berpengalaman dalam membangunkan kota Bandung dan wilayah Jawa Barat,” kata Encik Jokowi dalam ucapannya yang disiarkan secara “langsung” di KompasTV.
Encik Ridwan ialah Datuk Bandar Bandung dari 2013 hingga 2018 dan Gabenor Jawa Barat dari 2018 hingga 2023. Beliau mempunyai ijazah sarjana dalam reka bentuk bandar dari University of California di Berkeley.
Encik Jokowi percaya bahawa Encik Ridwan adalah calon yang tepat untuk memimpin Jakarta, sebuah metropolis sibuk yang menghadapi isu seperti banjir dan pencemaran udara.
Pada Khamis (21 Nov), Encik Ridwan memberitahu media bahawa beliau berharap Encik Jokowi akan menghadiri acara kempen terakhirnya pada Sabtu (23 Nov) sebelum tempoh bertenang bermula pada Ahad.
Encik Anies, sementara itu, mengisytiharkan sokongannya kepada Encik Pramono pada Khamis (21 Nov).
Pada acara kempen untuk Encik Pramono di Blok S Square di Jakarta Selatan, Encik Anies menggesa para penyokongnya, yang juga dikenali sebagai "Anak Abah", untuk mengundi Encik Pramono dan pasangannya Rano Karno.
Encik Pramono juga berjanji akan meneruskan dasar-dasar yang telah diperjuangkan oleh Encik Anies semasa beliau menjadi Gabenor Jakarta dari 2017 hingga 2022. "Yakinlah bahawa saya dan Rano akan meneruskan program positif yang dimulakan oleh Encik Anies," kata Encik Pramono.
Dengan sokongan Encik Anies, Encik Pramono percaya jumlah penduduk yang tidak keluar mengundi akan berkurangan.
Walaupun sesetengah pemerhati percaya bahawa sokongan kedua-dua tokoh berpengaruh itu berkemungkinan menjadi "game changer" (pengubah keadaan) dalam pilihan raya tersebut, yang lain mengatakan pengaruh mereka berdua "kelihatan terhad".
Encik Made Supriatma, zamil pelawat ISEAS – Institut Yusof Ishak, berkata bahawa sokongan Encik Jokowi terhadap pasangan Ridwan-Suswono, khususnya, "nampaknya tidak begitu ketara".
“Penduduk Jakarta, yang kebanyakannya dari kelas pertengahan dan berpengetahuan politik, lebih berhemah,” katanya kepada Mediacorp, sambil mengatakan bahawa pengaruh Encik Jokowi di ibu kota itu nampaknya lebih lemah berbanding dengan wilayah-wilayah seperti Jawa Tengah, di mana beliau menyokong calon gabenor, Ahmad Luthfi.
Pengaruh Encik Anies, bagaimanapun, mungkin memberi sedikit kelebihan kepada pasangan Pramono-Rano, kata Encik Made, yang memetik berapa ramai penyokong Encik Anies yang kecewa beliau tidak dapat bertanding bagi jawatan itu disebabkan oleh kekurangan sokongan parti.
Tetapi tidak ada jaminan bahawa penyokong Encik Anies akan menyokong Encik Pramono kerana sebilangan besar mungkin tidak mahu keluar mengundi, kata Encik Made. Beliau menambah bahawa calon-calon perlu berusaha lebih gigih untuk mendekatkan diri mereka dengan para pengundi.
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) akan diadakan pada Rabu depan (27 Nov) dan ia akan menjadi yang terbesar dalam sejarah negara itu.
Sebanyak 545 jawatan dipertandingkan dan rakyat Indonesia akan memilih 37 gabenor, 93 datuk bandar dan 415 bupati (kepala daerah).

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.