Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor usaha dapatkan peruntukan dari kerajaan pusat bagi naik taraf infrastruktur

Anggaran Waktu Membaca:
Johor usaha dapatkan peruntukan dari kerajaan pusat bagi naik taraf infrastruktur

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi. (Gambar: @onnhafiz/Instagram)

MUAR: Kerajaan Johor membayangkan pembangunan negeri itu akan seiring dengan kerajaan Persekutuan, sekali gus menjadikan agenda kemajuan negeri dari pelbagai sudut dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi berkata pada masa sama kerajaan negeri akan terus berusaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan pusat untuk menaik taraf infrastruktur dan seterusnya dapat menarik pelabur ke Johor.

“Antara yang akan diutamakan adalah kemudahan yang membabitkan jalan-jalan di negeri ini termasuklah lebuh raya serta bekalan air yang baik, kerana ia mampu memberi keyakinan pada pelabur sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Parlimen Muar, di Stadium Mini Kampung Nawi di Muar pada Ahad (4 Sep).

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Samsolbari Jamali; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor,  Mohd Hairi Mad Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Kesihatan Negeri Johor, Ling Tian Soon.

Menurut Encik Onn Hafiz, agenda Memakmurkan Golongan Muda Johor akan terus dititikberatkan kerajaan dan perkara berkenaan akan dimasukkan dalam Belanjawan Johor 2023 nanti.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan