Skip to main content

Dunia

Johor umum peruntukan awal RM30 juta untuk baiki jalan rosak, cerun runtuh akibat banjir

Anggaran Waktu Membaca:
Johor umum peruntukan awal RM30 juta untuk baiki jalan rosak, cerun runtuh akibat banjir

Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan. (Gambar: Bernama)

KLUANG: Peruntukan awal sebanyak RM30 juta (S$8.6 juta) diperlukan bagi membaiki jalan rosak dan cerun runtuh akibat banjir di Johor, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan.

Beliau berkata ia melibatkan kerosakan di 29 jalan dan lapan cerun runtuh.
Tiga daerah yang paling terjejas katanya ialah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi dan kerja-kerja pembaikan telah bermula awal minggu ini.

"Antara kerja awalan yang dilakukan sebagai contoh menutup cerun yang runtuh dengan kanvas serta kerja lain yang akan dilaksanakan seberapa segera apabila hujan reda," katanya kepada wartawan selepas melakukan tinjauan terhadap jalan rosak akibat banjir di Seksyen 71-74, FT050, Jalan Kluang-Mersing, pada Ahad (7 Jan).

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Abu Bakar Abd Aziz dan Jurutera Daerah JKR Kluang Ir Mohd Zaharudin Ayep.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita