Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor umum bantuan khas gaji 1 bulan untuk para penjawat awam negeri

Kerajaan Johor mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah gaji sebulan atau minimum RM2,000 (S$653) kepada 13,400 penjawat awam negeri itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Johor umum bantuan khas gaji 1 bulan untuk para penjawat awam negeri

DUN Johor. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Nov 2019 06:58PM Dikemas Kini : 21 Nov 2019 06:59PM

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah gaji sebulan atau minimum RM2,000 (S$653) kepada 13,400 penjawat awam negeri itu.

Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal, berkata bantuan melibatkan peruntukan kewangan berjumlah RM34.78 juta (S$11.3 juta) itu akan dibayar dua kali iaitu sebelum akhir tahun ini dan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

“Saya ingin menjelaskan bahawa pembangunan Johor tidak akan dicapai seperti mana yang kita nikmati hari ini tanpa komitmen, dedikasi dan pengorbanan dalam kalangan penjawat awam negeri. 

“Justeru, bagi menghargai jasa penjawat awam, kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan kewangan khas,” kata Dr Sahruddin ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020 di Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, hari ini (21 Nov).

Beliau berkata bantuan khas kewangan tersebut turut diberikan kepada kakitangan kerajaan negeri dan kakitangan awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri selain semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, Speaker Dewan Negeri Johor, Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor, Ahli Dewan Negeri Johor serta Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor.

Turut menikmati bantuan tersebut, tambah Dr Sahruddin, adalah Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ), guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) serta guru-guru Tadika Islam Johor (TAJ).

Sementara itu, Dr Sahruddin berkata seramai 2,090 guru KAFA juga akan menerima elaun penuh sebanyak RM1,412 (S$460) sebulan mulai Januari depan dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.67 juta (S$545,300).  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan