Johor tutup taman eko, trek daki hutan simpan susuli musim tengkujuh

(Gambar: Tourism Johor)
JOHOR BAHRU: Kesemua Taman Eko Rimba, trek pendakian dan laluan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di dalam hutan simpan kekal di Johor, ditutup kepada orang awam mulai Sabtu (17 Dis).
Arahan itu dikeluarkan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) Salim Aman menerusi notis yang dimuat naik di Facebook rasmi jabatan itu.
Menurut notis tersebut, penutupan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini berlaku berikutan musim tengkujuh.
“Sebarang pelanggaran terhadap notis ini akan diambil tindakan di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor,” katanya.
Berdasarkan portal rasmi JPNJ, antara Taman Eko Rimba di negeri itu adalah Gunung Arong, Mersing; Gunung Belumut, Kluang; Panti, Kota Tinggi; Gunung Pulai, Pontian; Gunung Pulai II, Pontian; Soga Perdana, Batu Pahat; Sungai Bantang, Segamat dan Taka Telor, Segamat.
Pada Jumaat (16 Dis), media melaporkan 21 mangsa tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm di Batang Kali disahkan meninggal dunia setakat Jumaat malam, manakala 12 lagi mangsa masih belum ditemukan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.