Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor tubuh jawatankuasa khas teliti SOP rentas sempadan S'pura-M'sia

Satu jawatankuasa khas bakal ditubuhkan oleh kerajaan Johor bagi menilai prosedur operasi standard (SOP) melibatkan kumpulan pekerja Singapura dan Malaysia, susulan pembukaan sempadan darat kedua-dua negara pada 1 April.

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Satu jawatankuasa khas bakal ditubuhkan oleh kerajaan Johor bagi menilai prosedur operasi standard (SOP) melibatkan kumpulan pekerja Singapura dan Malaysia, susulan pembukaan sempadan darat kedua-dua negara pada 1 April.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata keputusan pelaksanaan SOP itu akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Jelas beliau, pengumuman mengenai perkara tersebut akan dibuat selepas perbincangan melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Sumber Manusia Negeri yang diadakan pada hari ini (27 Mac).

"Berkaitan isu yang disebutkan tadi insyaAllah terjawab selepas saya berjumpa dengan agensi-agensi di bawah saya, di bawah Jabatan Sumber Manusia.

"Jawatankuasa khas diperlukan, mungkin akan berbincang bersama tentang apa SOP yang akan dijalankan bersama rakan Kementerian Kesihatan ataupun Jabatan Kesihatan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program gotong-royong peringkat negeri Johor di Tanah Perkuburan Kampung Kurnia, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Jelasnya, pelaksanaan SOP itu turut mengambil kira bilangan keseluruhan pekerja daripada kedua-dua negara.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan