Skip to main content

Dunia

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan import sisa elektrik

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Lee Ting Han berkata bahawa kerajaan negerinya tidak akan membenarkan sebarang pelaburan yang melibatkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik atau "e-waste" ke negeri tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan import sisa elektrik

Encik Lee, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, berkata hanya sisa elektrik domestik dibenarkan untuk diproses kilang-kilang di Johor. (Gambar hiasan: Unsplash/Nathan Cima)

Diterbitkan : 22 Feb 2025 05:48PM Dikemas Kini : 22 Feb 2025 05:49PM
JOHOR BAHRU: Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Lee Ting Han berkata bahawa kerajaan negerinya tidak akan membenarkan sebarang pelaburan yang melibatkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik atau "e-waste" ke negeri tersebut.

Kata beliau langkah itu sejajar dengan dasar sama yang digariskan kerajaan Persekutuan.

“Bagi pelaburan berkaitan e-sisa, ada satu polisi di peringkat kerajaan Persekutuan dan kita (Johor) juga akur dengan polisi tersebut iaitu kita tidak membenarkan pengimportan e-sisa ke Johor.

“Oleh itu, dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, kita sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan sekiranya ada mana-mana syarikat, terutamanya kawasan perindustrian memproses e-sisa tanpa kelulusan akan diambil tindakan,” katanya kepada wartawan awal hari ini (22 Feb).

Beliau turut mengatakan bahawa tindakan tegas termasuk menyita, saman dan pendakwaan di mahkamah akan diambil terhadap mana-mana syarikat yang memproses sisa elektronik tanpa kelulusan.

“Bagaimanapun, setakat ini, kita belum ada terima aduan. Sekiranya ada, kerajaan negeri tidak akan menunggu untuk mengambil tindakan,” tambahnya.

Encik Lee turut menjelaskan hanya sisa elektrik domestik dibenarkan untuk diproses kilang-kilang di Johor.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita