Johor teroka adakan khidmat feri antara SG & terminal Puteri Harbour
Anggaran Waktu Membaca:
Terminal feri Puteri Harbour terletak di barat daya negeri Johor. (Gambar: Facebook/Onn Hafiz Ghazi)
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri Johor sedang meneroka kemungkinan mengadakan perkhidmatan feri baru antara terminal antarabangsa Puteri Harbour dengan Singapura.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis (19 Jan), Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata bahawa terminal tersebut merupakan pintu masuk utama antarabangsa yang meningkatkan akses kepada para pelancong untuk datang ke Johor.
Menurutnya, pada 2022, lebih 141,000 pelancong dari Batam dan Tanjung Balai di Indonesia datang ke terminal Puteri menerusi khidmat feri yang dimiliki dan dikendalikan pemaju hartanah Malaysia UEM Sunrise.
"Selain itu, saya sudah bertanya kepada Exco (negeri Johor) bagi pelancongan, persekitaran, warisan dan budaya Raven Kumar s/o Krishnasamy untuk meneroka dan mencari cara-cara untuk membolehkan pelaksanaan pengangkutan di terminal feri ini ke Singapura," ujar Encik Onn Hafiz.
"Dengan laluan terbaru ini, kami yakin bahawa ia akan memudahkan lagi akses antara Johor dengan Singapura, sementara (kami) membantu untuk mempertingkat kedudukan ekonomi negeri itu," tambah beliau.

Menteri Besar tersebut menambah bahawa kerajaan negeri akan bekerja rapat dengan Pemerintah Persekutuan dan UEM Sunrise untuk "memperbaiki tahap perkhidmatan" terminal feri itu agar ia membawa manfaat kepada ekonomi dan warga Johor.
Terminal feri Puteri Harbour terletak di barat daya negeri itu, yang mana ia hanya mengambil masa 10 minit untuk memandu dari terminal tersebut ke tarikan pelancongan seperti Legoland Malaysia, Sunway Big Box dan Puteri Harbour. Sementara itu, ia mengambil masa hanya 30 minit saja untuk memandu dari terminal tersebut ke bandar raya Johor Bahru.
Terminal feri tersebut juga terletak berdekatan dengan hospital-hospital perubatan swasta seperti Hospital Gleneagles Medini dan Hospital Columbia Asia.
Menurut Encik Onn Hafiz, sekitar 36 peratus pelawat yang tiba di terminal tersebut antara 2019 dengan 2022 merupakan pelancong yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Johor.
Dalam pada itu, beliau menarik perhatian tentang peri pentingnya untuk menyediakan prasarana pengangkutan seperti terminal tersebut dalam menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.
Khidmat feri antara Terminal Feri Tanah Merah di Singapura dengan Desaru Coast memulakan operasi pada Julai tahun lalu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.