Johor terima peruntukan RM13 juta selenggara projek kos rendah, lif baru
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata kerja-kerja penyenggaraan dan naik taraf itu membabitkan kos sebanyak RM10.3 juta, manakala RM2.4 juta lagi diperuntukkan bagi mengecat Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi. (Gambar: @onnhafiz/Instagram)
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata kerja-kerja penyenggaraan dan naik taraf itu membabitkan kos sebanyak RM10.3 juta (S$3.2 juta), manakala RM2.4 juta (S$740,000) lagi diperuntukkan bagi mengecat PPR tersebut.
Beliau berkata Johor mempunyai 13 PPR dan tujuh Rumah Sewa Kerajaan (RSK) serta sudah memohon peruntukan bagi menyenggara dan membina sebuah lagi PPR di Larkin bagi menampung kependudukan yang semakin padat, selain mengecat semula bangunan berkenaan.
"Syukur Alhamdulillah. Saya berpeluang berjumpa dan berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican mengenai sektor perumahan mampu milik di Johor.
"Selain itu, penyediaan rumah mampu milik kini akan diseragamkan dengan penubuhan semula Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan dianggotai oleh Menteri Besar serta Ketua Menteri, " katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook rasminya hari ini (23 Ogos).
Encik Onn Hafiz berkata MPMMN antara lain akan mengambil maklum stok rumah tersedia, mengadakan indeks mampu milik negara, menyediakan pembiayaan kepada pembeli dan memastikan pembinaan rumah berkualiti yang berdaya huni.
"Kami turut menyentuh tentang pengurusan sisa pepejal negeri ini yang melibatkan khidmat SWM Environment Sdn Bhd dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta cadangan 'Eco Waste' oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang bagi mengurangkan lagi buangan sampah dan menggalakkan kitar semula.
"Semoga segala permohonan dan perancangan di peringkat negeri dan Persekutuan bagi menyediakan perumahan serta perkhidmatan yang berkenaan kepada Bangsa Johor akan dapat dilaksana, bagi menjamin kesejahteraan kehidupan rakyat negeri ini pada masa akan datang," katanya.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Mohd Jafni Md Shukor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor Dr Suhailizan Suliman.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.