Johor, Terengganu longgarkan sekatan COVID-19 jelang 25 Oktober
Negeri Johor dan Terengganu beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 25 Okt (Isnin), menurut Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob.

Gambar: AFP
KUALA LUMPUR: Negeri Johor dan Terengganu beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 25 Okt (Isnin), menurut Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob.
Encik Ismail Sabri berkata peralihan tersebut mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini.
“Keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya.
MANFAAT KELONGGARAN DENGAN PENUH DISIPLIN
Dalam pada itu, Encik Ismail Sabri menyeru rakyat memanfaatkan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.
Tegasnya kejayaan membawa negara keluar daripada pandemik ini, tidak hanya bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata.
Sebaliknya beliau berkata ia juga sangat bergantung kepada tahap pematuhan masyarakat kepada SOP yang sudah ditetapkan.
“Justeru, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri,” katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.