Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor tawar 15,000 baucar RM100 kepada pelancong tempatan

Kerajaan Negeri Johor akan menawarkan sebanyak 15,000 baucar bernilai RM100 (S$32.48) kepada pelancong domestik pada penghujung tahun ini bagi merancakkan lagi sektor pelancongan negeri.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor tawar 15,000 baucar RM100 kepada pelancong tempatan

Sidang media tentang baucar pakej pelancongan Johor pada 2 Nov. (Gambar: Facebook/Tourism Johor)

Diterbitkan : 02 Nov 2021 06:16PM Dikemas Kini : 02 Nov 2021 06:23PM

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor akan menawarkan sebanyak 15,000 baucar bernilai RM100 (S$32.48) kepada pelancong domestik pada penghujung tahun ini bagi merancakkan lagi sektor pelancongan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta (S$487,224) untuk tujuan itu yang pelancong boleh menebus baucar berkenaan menerusi aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI) bermula Jumaat ini (5 Nov).

“Seramai 40 ejen pelancongan menyertai promosi ini dengan lebih 200 pakej pelancongan ditawarkan menerusi aplikasi JTI yang dilancarkan pada 4 Okt lepas.

“Jadi orang ramai di seluruh negara jangan lepaskan peluang untuk menebus 15,000 baucar yang terhad ini dan aplikasi berkenaan boleh dimuat naik untuk pengguna Android dan iOS,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri turut bercadang untuk meneruskan pemberian baucar itu pada tahun depan sekiranya ia mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai.

Aplikasi JTI direka khas untuk memaparkan tempat daya tarikan pelancong serta kemudahan yang disediakan di negeri itu termasuk penerangan tempat menarik, sistem navigasi, galeri gambar tempat ikonik di Johor dan pelbagai lagi.

Sementara itu, Onn Hafiz berkata setakat ini kedatangan pelancong ke negeri itu semenjak rentas negeri dibenarkan adalah baik dan positif yang telah membantu merancakkan kembali industri pelancongan.

“Ramai mula datang ke Johor terutamanya di Johor Bahru, Iskandar Puteri, Desaru Kota Tinggi dan Muar. Kadar penginapan hotel turut meningkat. Jadi ia bagus untuk sektor pelancongan pulih semula,” katanya.

Sumber : Bernama/HA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan