Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor sokong pembukaan sempadan negeri; berharap pelaksanaannya tidak bebankan rakyat

Johor menyokong pembukaan sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac depan namun berharap pelaksanaannya tidak membebankan rakyat terutama dari segi tanggungan kos kuarantin.

Anggaran Waktu Membaca:

ISKANDAR PUTERI: Johor menyokong pembukaan sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac depan namun berharap pelaksanaannya tidak membebankan rakyat terutama dari segi tanggungan kos kuarantin.

Menteri Besar Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri juga berharap keputusan yang akan diambil dilakukan secara dua hala dengan persetujuan dua negara khususnya melibatkan Singapura.

“Apabila bercakap soal sempadan ini, kita ambil pendekatan secara bilateral bukan unilateral, maknanya persetujuan antara dua negara ini juga menjadi pertimbangan.

“Kita tidak mahu menyusahkan rakyat ... kos kuarantin yang mahal perlu ditanggung, melainkan kerajaan ambil keputusan sedia membayar kos ...tetapi itu tertakluk kepada persetujuan bersama dua negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Common Ground Iskandar Space pada Khamis (10 Feb).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang mengesyorkan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac.

Encik Hasni berkata pembukaan sempadan juga mungkin membolehkan jumlah pelawat menerusi Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) darat dipertingkatkan.

“Kita sekarang ini (jumlah pelawat VTL darat) separuh daripada apa yang diluluskan iaitu lebih kurang 700 pelawat sehala, mungkin boleh berlaku dalam masa terdekat ini, jumlah itu ditingkatkan.

“Jadi kita boleh buat persiapan dari segi ujian yang boleh dijalankan, lokasi sama ada sesuai atau tidak kerana sistem pengangkutan VTL darat adalah menerusi bas, mungkin kebenaran untuk buka juga melibatkan bentuk pengangkutan lain termasuk persendirian, kereta api dan akan melibatkan prosedur operasi standard serta kaedah lain,” katanya.

Pada Selasa lalu (9 Feb), MPN mengesyorkan agar kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac tanpa keperluan kuarantin wajib.

Beliau berkata syor itu merupakan langkah penting bagi menyokong pemulihan negara khususnya dalam sektor ekonomi dan pelancongan serta mampu menarik pelabur asing ke Malaysia.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan