Skip to main content

Dunia

Johor siap sedia 777 Pusat Pemindahan Sementara bagi hadapi banjir

Anggaran Waktu Membaca:
Johor siap sedia 777 Pusat Pemindahan Sementara bagi hadapi banjir

Banjir di Johor. (Gambar Hiasan: Bernama)

KLUANG: Kerajaan negeri Johor bersiap sedia membuka sebanyak 777 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri itu bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku pada hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail@Md On berkata PPS berkenaan yang melibatkan sekolah, balai raya dan dewan orang ramai itu mampu menempatkan hampir 200,000 mangsa banjir.

Beliau berkata PPS yang disediakan itu akan dibahagikan kepada tiga skala iaitu PPS skala besar, sederhana dan kecil bagi menghadapi peningkatan mangsa banjir menyusuli fenomena La Nina.
“Dikatakan hujan lebat akan lebih kerap berlaku ketika fenomena itu terutamanya November ini sehinggalah Februari depan,” katanya kepada para wartawan selepas menutup program latihan amal dan simulasi pengurusan PPS peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kahang, Kluang pada Khamis (8 Sep).

Kata beliau lagi, buat masa ini, terdapat dua PPS berskala besar yang mampu menampung hampir 5,000 mangsa; 114 PPS berskala sederhana (76,000 mangsa) dan 661 PPS berskala kecil yang mampu menampung sehingga 132,000 mangsa.

Seramai 200 warga kerja pelbagai agensi kerajaan seperti jabatan kebajikan, polis, bomba, pertahanan awam, jabatan pendidikan dan sukarelawan, Southern Volunteers (SV) mengambil bahagian dalam program tersebut.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita