Johor sasar jadi pusat pelancongan terulung Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi. (Gambar fail: Bernama)
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor menyasarkan untuk menjadikan negeri itu sebagai pusat pelancongan terulung di Malaysia, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku memandangkan Johor mempunyai keistimewaan dan tarikan merangkumi kepelbagaian makanan.
Ini termasuk tempat dan infrastruktur pelancongan yang sejajar dengan hasrat Johor untuk menjadi sebuah negeri yang maju menjelang 2030.
"Johor terkenal dengan kepelbagaian tarikan ... kita mempunyai makanan yang sedap, tempat pelancongan yang hebat, taman-taman negara dari gunung ke laut, tetapi dari segi pelancongan kita belum nombor satu.
"Saya yakin Johor boleh, kerana Johor selalu mencapai tahap yang membanggakan seperti kemenangan luar biasa Piala FA yang cukup cemerlang ... itulah Johor penanda arasnya tinggi ... kalau pergi Stadium Sultan Ibrahim (SSI) betapa canggihnya bangunan itu ... betapa megahnya ia berdiri sehingga menjadi kebanggaan Johor," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Majestic Johor Festival 2024 di Puteri Harbour pada Khamis (29 Ogos).
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Dr Azmi Rohani; Ketua Polis Johor, CP M Kumar dan Pengarah Tourism Johor, Shahril Nizam.
Encik Onn Hafiz berkata, dalam merealisasikan sasaran itu, semua pihak harus memainkan peranan dalam memajukan sektor pelancongan negeri itu, malah harus menjadikan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebagai contoh kerana Tunku Mahkota Ismail berjaya mengubah landskap sukan bola sepak Johor ke tahap cemerlang.
"Sebab itu saya yakin kalau penanda arasnya begitu tinggi yang telah ditunjukkan Pemangku Sultan Johor, kita juga sebagai rakyat, sebagai pemimpin-pemimpin mesti sahut apa yang dibuat oleh keluarga diraja.
"Dua tahun lagi akan ada tahun melawat Johor dan kita sasar lebih 12 juta pelancong akan hadir ke sini, jadi kita sedang berbelanja tahun ini dan tahun depan untuk menaik taraf infrastruktur pelancongan dan kita kena fikirkan slogan untuk tahun melawat Johor. Saya cadangkan diadakan pertandingan supaya 'bangsa Johor' memberi input dan pandangan," katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.