Johor sasar jadi kuasa ekonomi Malaysia jelang 2030
Anggaran Waktu Membaca:

Koswe. (Gambar fail: Hanidah Amin/CNA)
JOHOR BAHRU: Johor menetapkan sasaran untuk menjadi kuasa ekonomi Malaysia menjelang tahun 2030.
Antara matlamatnya adalah pertumbuhan ekonomi sebanyak tujuh peratus dengan GDP sekitar RM250 bilion setahun.
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkongsi wawasan itu dalam wawancara eksklusif dengan CNA.
Beliau berkata pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura atau JSSEZ, sejajar dengan matlamat ekonomi Johor.
"Saya melihat JS SEZ ini sebenarnya bukan menyaingi, tetapi sebaliknya, melengkapi. Bukan sahaja ekonomi dan pembangunan Kuala Lumpur, tetapi juga Singapura. Jadi, bintang-bintang kini berderetan - di mana saya rasa kerjasama yang baik antara Johor, Singapura dan juga Kuala Lumpur akan menjadi pemangkin untuk mengembangkan lagi ekonomi untuk Singapura dan juga Kuala Lumpur."
Sebilangan rakyat Johor bagaimanapun khuatir SEZ itu akan membuat kos sara hidup meningkat.
"Saya lihat bahawa dari kos sara hidup, ini isu yang membelenggu rakyat secara keseluruhan, tidak kira di Malaysia atau di merata dunia. Namun begitu, pokoknya ialah apa yang boleh dibuat di peringkat Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat mengurangkan beban yang mereka rasai. Itu perkara utama yang dekat dengan hati kami di peringkat Kerajaan Negeri. Jadi pelbagai usaha sedang diusahakan untuk membantu rakyat. Contohnya, membina lebih banyak rumah mampu milik yang mampu dimiliki oleh bangsa Johor," kata Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.

Sumber : Agensi berita/MU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.