Johor, Sarawak masih dilanda banjir
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Bernama
KUALA LUMPUR: Banjir masih melanda dua negeri iaitu Johor dan Sarawak, namun situasi di Johor semakin pulih dengan bilangan mangsa terus berkurangan.
Banjir di Sarawak yang bermula sejak Jumaat (19 Jan), semakin memburuk dengan lebih ramai dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.
Secara keseluruhannya, setakat sehingga pukul 6.00 pagi Ahad, terdapat 494 mangsa masih berlindung di lima PPS.
Menurut laporan terkini daripada portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mereka terdiri daripada 158 keluarga.
Di Johor, 65 mangsa banjir daripada 19 keluarga direkodkan dan mereka ditempatkan di 2 PPS yang masih beroperasi di Segamat dan Batu Pahat.
Manakala di Sarawak, 3 PPS dibuka untuk menempatkan 429 mangsa melibatkan 129 keluarga.
Dua daerah masih terjejas iaitu Betong dan Bintulu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.