Johor saran utamakan bina jajaran penting jika projek Sistem Aliran Transit Automasi diluluskan
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor mencadangkan agar projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) dimulakan dengan pelaksanaan di jajaran penting terlebih dahulu jika projek itu mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata langkah itu penting bagi memastikan pelaksanaan ART disegerakan bagi menyuraikan lalu lintas di kawasan terlibat seiring pengoperasian projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pada 2027.
“Kawasan Tebrau paling sesak... kita mungkin boleh utamakan dahulu jajaran ini, dan seterusnya fokus ke jajaran yang lain.
“Sebagai contoh, jika jajarannya melibatkan laluan kira-kira 20 kilometer, kita boleh buat secara pakej dan kontraktor boleh bekerjasama mempercepat pembinaan,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di Kota Iskandar baru-baru ini.
Beliau berkata pada mulanya, kerajaan negeri mencadangkan tiga jajaran termasuk Skudai dan Iskandar Puteri kepada Kementerian Pengangkutan, selain mempertimbang untuk menambah jajaran di Pasir Gudang.
Bagaimanapun, Encik Mohamad Fazli berkata cadangan bagi jajaran baharu di Pasir Gudang belum dibawa kepada pihak kementerian setakat ini.
Beliau berkata Kerajaan Johor menunggu kira-kira setahun bagi memperoleh kelulusan projek itu walaupun kajian dibuat dengan pertimbangan kos pelaksanaan lebih rendah berbanding Projek Transit Aliran Ringan (LRT).
“Ketika itu, selain kita lihat kos pembinaannya boleh dipertimbangkan (lebih rendah), waktu pembinaan juga mungkin lebih singkat berbanding LRT sekali gus mempercepat proses berkaitan,” katanya.
Sehubungan itu, Encik Mohamad Fazli mengulangi harapan agar Kerajaan Persekutuan segera meluluskan projek itu sekali gus menyokong operasi RTS Link.
Beliau berkata kelewatan pelaksanaan dijangka menyebabkan Iskandar Puteri mengalami kesesakan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.
Sebelum ini, Mohamad Fazli berkata anggaran kos keseluruhan bagi penyediaan infrastruktur LRT di Johor menelan belanja RM16.7 bilion berbanding projek ART yang hanya membabitkan kira-kira RM7 bilion (S$2.2 bilion).
Pada Disember lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kelulusan bagi projek ART sedang dalam perbincangan, dan perincian berkaitan pelaksanaannya akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Encik Loke berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi turut mengadakan perbincangan berhubung perkara itu.
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail juga bertitah dan menzahirkan kebimbangan terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang bakal timbul apabila RTS Link beroperasi serta projek ART yang belum dilaksanakan.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.