Johor salur bantuan khas RM3,000 kepada mangsa banjir
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Onn Hafiz Ghazi)
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan menyalurkan peruntukan RM11.247 juta (S$3.4 juta) sebagai Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Gelombang Kelima bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata bantuan sebanyak
RM3,000 (S$900) akan diberikan sebelum sambutan Aidilfitri kepada 3,749 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar di 100 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah terjejas di seluruh negeri itu.
Menurutnya, bantuan khas itu adalah hasil kerjasama kerajaan negeri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ).
Beliau berkata kerajaan negeri turut prihatin terhadap kesan bencana itu ke atas para peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri yang terjejas di lokasi yang dikenal pasti.
Menurutnya, bantuan RM500 (S$151) akan diberikan kepada 441 peniaga bazar yang terjejas di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT).
“Antara lokasi dan jumlah peniaga yang menerima bantuan adalah Bazar Tebing Dato’ Onn (48 peniaga), Bazar Jalan Pandan Ria 3 (30), Bazar Jalan Mata Kucing, Kampung Pasir (66), Bazar Persiaran Dahlia (150) dan Bazar Aidilfitri MDKT melibatkan 147 peniaga,” katanya menerusi catatan di Facebooknya pada Sabtu (22 Mac).
Encik Onn Hafiz berkata selain itu, sebanyak 9,839 peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di 180 lokasi seluruh negeri turut diberikan pengecualian caj tertentu oleh sembilan PBT.
Dalam pada itu, sebanyak enam masjid, 17 surau dan 43 institusi pendidikan termasuk sekolah agama, sekolah rendah, sekolah menengah serta kolej vokasional yang terjejas akibat banjir juga akan menerima bantuan baik pulih daripada kerajaan negeri.
Beliau berkata bagi mangsa banjir yang tidak mendaftar di PPS, mereka masih boleh mengemukakan rayuan bagi pertimbangan bantuan di Pejabat Daerah terlibat iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Batu Pahat sehingga akhir April depan.
"Kerajaan negeri amat berdukacita dengan bencana banjir yang memberi kesan kepada 13,089 orang mangsa daripada 3,749 keluarga. Semoga segala bantuan ini dapat meringankan beban mangsa banjir serta memberi sinar harapan untuk mereka bangkit semula, insya-Allah," katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.