Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor rangka pelan cegah ancaman LGBT

Pendekatan baru akan diambil dan mesra orang muda berikutan budaya LGBT pada masa ini dilihat semakin membimbangkan serta menjadi ikutan, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Johor.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor rangka pelan cegah ancaman LGBT

Mohd Fared Mohd Khalid (dua dari kiri) berkata pendekatan baru akan diambil dan mesra orang muda bagi menangani budaya LGBT. (Gambar: BERNAMA)

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan merangka pelan bagi mencegah ancaman gaya hidup LGBT di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata pendekatan baru akan diambil dan mesra orang muda berikutan budaya LGBT pada masa ini dilihat semakin membimbangkan serta menjadi ikutan terutama membabitkan golongan itu.

Beliau berkata Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) juga mempunyai modul dan perancangan dalam usaha mencegahnya.

“Kita tidak mahu terlepas pandang kelompok orang muda iaitu mereka inilah yang diuji dengan cabaran sebegini.

“Saya yakin kita ada modul yang telah ditambah baik dan akan dilaksana secara berperingkat seluruh Johor… program bukan hanya bersifat ceramah tetapi kita ambil pendekatan, pengisian dan aktiviti untuk orang muda,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Simposium Kaunseling Islam ‘Pelangi Islam’ Peringkat Johor pada Selasa (23 Ogos).

Beliau berkata kerajaan negeri pada masa sama akan memperkenalkan Dasar Wanita Johor di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) bagi memperkasakan golongan itu yang antara lain akan turut memberi penekanan mengenai LGBT.

Encik Mohd Fared berkata Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan JAINJ akan bekerjasama dalam menyumbang idea bagi menjayakan dasar itu.

“Dasar Wanita Johor ini akan merangkumi pendidikan, undang-undang, keluarga dan penguatkuasaan bagi memperkasa mereka dengan peranan pendidikan Islam dan keluarga kita (MAINJ dan JAINJ) akan menyumbang dari segi idea dan pelaksanaannya,” katanya.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan