Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Johor rancang sediakan bekalan minyak masak untuk golongan asnaf

Anggaran Waktu Membaca:
Johor rancang sediakan bekalan minyak masak untuk golongan asnaf

Gambar: Sumber Web

Diterbitkan : 17 Jul 2022 08:40PM Dikemas Kini : 17 Jul 2022 08:41PM
BATU PAHAT: Johor merancang untuk menyediakan bekalan minyak masak bersubsidi kepada golongan asnaf di negeri itu bagi mengatasi masalah kesukaran mendapatkan produk tersebut sekali gus meringankan beban mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor dalam masa terdekat.

Beliau berkata sekiranya perkara itu dipersetujui, MAIJ akan bertindak sebagai perantara bagi tujuan pengedaran minyak masak kepada golongan memerlukan.

“Tujuannya ialah untuk memudahkan golongan asnaf dan minyak masak ini akan dijual secara terus kepada mereka.

“Segala urusan jual beli akan diuruskan oleh MAIJ dan pihak ini akan menghantar minyak masak ke rumah mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Johor Bersih Peringkat Mukim-Mukim Daerah Batu Pahat pada Ahad (17 Jul).
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan